THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Saturday, January 17, 2009

jodoh di tangan tuhan...tapi ikhtiar itu juga penting

“Jodoh di tangan Tuhan dan manusia wajib berikhtiar mencari dan memilihnya sesuai dengan ketentuan yang ditentukan Tuhan”

Islam memandang kehidupan manusia ini bukan hanya untuk satu dunia sahaja.Ada dunia fana, ada dunia abadi ( akhirat ). Kalaulah benar ada kaedah atau nas yang mengatakan bahawa setiap manusia sudah diciptakan berpasangan, maka pastilah maksudnya perkara ini tidak dibatasi hanya terbatas di dunia sahaja. Jadi mungkin sahaja ada manusia yang akan baru bertemu jodohnya di akhirat. Bahkan menurut salah satu riwayat, dari sekian isteri Nabi Muhammad SAW di dunia ini,hanya satu yang menjadi jodoh beliau di akhirat. Lantas yang lain bagaimana?Ada nas lain yang menyebutkan bahawa wanita-wanita Syurga akan mempunyai berpuluh-puluh jodoh di Syurga ( setiap orangnya ). Dan di sana nanti tidak akan ada orang yang iri kerana semua akan mendapatkan yang paling ia inginkan. Syarat bahawa seorang manusia yang belum berjodoh di dunia ini akan mendapatkan jodoh yang prima di akhirat adalah bahawa :
* Ia manusia yang baik iman dan taqwanya selama di dunia sehingga dapat masuk Syurga.

* Ia sabar atas ujian Allah di dunia yang telah menetapkannya sebagai bujang di dunia.

Dengan meyakini Akhirat sebagai satu paket dengan kehidupan dunia, maka kita juga akan
memahami mengapa ada manusia-manusia yang baik tetapi di dunia ini berjodoh dengan manusia-manusia yang sebaliknya, dan ternyata akhirnya sebahagian diantara mereka bercerai. Tentang fenomena ini kita yakini bahawa Allah sedang mengujinya dengan orang yang buruk, apakah ia bersabar? Jika Allah berkenan, maka kelak ( masih di dunia ) Allah akan menggantikan pasangan hidupnya dengan yang baik. Atau kerana kesabarannya di dunia maka kelak Allah akan memberikan ganjaran padanya dengan berlipat ganda. Contoh yang disebutkan Allah dalam Al Quran adalah kisah wanita utama yang bernama Asiah, isteri Firaun (manusia terzalim dan terkafir yang pernah ada ). Doanya di dunia ini diabadikan oleh Allah dalam Surah At-Tahriim Ayat 11.
"
Dan Allah mengemukakan satu misal perbandingan ( yang menyatakan tidak ada mudaratnya ) kepada orang-orang mukmin ( berhubung rapat dengan orang-orangkafir kalau tidak terjejas keadaan imannya ), iaitu: Perihal isteri Firaun, ketika dia berkata: Wahai Tuhanku! Binalah untukku sebuah rumah di sisiMu dalam Syurga dan selamatkanlah daku dari Firaun dan perbuatannya ( yang kufur dan buas ), serta selamatkanlah daku dari kaum yang zalim; " Asiah tahu bahawa kesabarannya atas ujian Allah menjadikannya isteri orang kafir dan zalim akan mendapat ganjaran di Syurga dan kerana itu ia meminta perlindungan Allah agar tidak kena serangan Firaun dan agar ia diberi rumah di Syurga (sebagai ganti kemuakannya atas istana megah firaun di dunia ). Hikmah mengapa Allah menguji Asiah menjadi isteri orang jahat adalah berhubungan dengan kisah Nabi Musa AS yang lahir dari keluarga miskin yang jika tetap dibesarkan sebagai anak keluarga miskin bukan sahaja tidak boleh mendapatkan pendidikan yang baik yang diperlukannya untuk kelak memimpin umat, namun juga tidak akan punya kesempatan hidup. Adalah Asiah ( yang disayangi Firaun ) yang memujuk Firaun untuk mengangkat bayi dalam keranjang yang ditemukan di sungai Nil sebagai anak angkat mereka.Padahal Firaun telah memerintahkan membunuh semua bayi bani Israil yang lahir tahun itu kerana sudah mendapat pengetahuan berita ( melalui tafsir mimpi ) bahawa kekuatannya akan dihancurkan oleh seorang pemuda bani Israil yang lahir di tahun itu. Malah Allah mengirim Nabi Musa langsung ke istananya dan di sana sudah menanti rencana Allah dengan penerajunya adalah Asiah Binti Muzahim ( Asiah ini juga bani israil yang dijadikan gundik Firaun kerana kecantikannya, selama di istana Firaun ia tetap beriman dan ialah yang mendidik Nabi Musa AS bersama budak Maisarah dan ibunda Nabi Musa sebagai ibu susu bayaran ). Kisah ini dapat anda jadikan sebagai pelajaran bahawa Allah lebih mengetahui hikmah-hikmah peristiwa, yang kerana kesabarannya menjalankan takdir Allah didunia menjadi isteri orang jahat, Asiah malah mendapatkan kurnia diangkat Allah sebagai wanita terbaik sepanjang zaman. Kisah yang sebaliknya anda temukan justeru di ayat sebelumnya, iaitu tentang jodoh 2 orang Nabi Allah di dunia yang kedua wanita itu adalah wanita terjahat sepanjang zaman ( isteri Lut dan isteri Nuh ).
" Allah mengemukakan satu misal perbandingan ( yang menyatakan tidak ada
manfaatnya ) bagi orang-orang kafir ( berhubung rapat dengan orang-orang mukmin selagi mereka tidak beriman dengan sebenar-benarnya ) iaitu: Perihal isteri Nabi Nuh dan isteri Nabi Lut; mereka berdua berada di bawah jagaan dua orang hamba yang soleh dari hamba-hamba Kami ( yang sewajibnya mereka berdua taati ); dalam pada itu mereka berlaku khianat kepada suami masing-masing; maka kedua-dua suami mereka ( yang berpangkat Nabi itu ) tidak dapat memberikan sebarang pertolongan kepada mereka dari ( azab ) Allah dan ( sebaliknya dikatakan kepada mereka berdua ( pada hari pembalasan ): Masuklah kamu berdua ke dalam Neraka bersama-sama orang-orang yang masuk ( ke situ ). " Q.S At-Tahriim : Ayat 10 Mungkin ada benarnya bagi sebahagian kisah manusia iaitu bahawa ada manusia-manusia yang sepanjang perjalanan hidupnya sudah diberikan pilihan yang baik di depan mata yang kemudian kerana kekotoran hatinya tidak ia ambil kesempatan itu sehingga terlepaslah kesempatan emas. Wallahu'alam, mungkin sahaja, namun tetap sahaja jika seorang manusia bersabar atas apapun ujian Allah di dunia ini, maka ganjarannya akan ia dapatkan dari Allah. Yang namanya kejayaan sebagai manusia sebenarnya tidak tergantung dari apakah ia mempunyai jodoh di dunia atau tidak, namun Islam mempunyai paradigma kejayaan yang tidak dapat diselaraskan dengan paradigma kejayaan dari ideologi manapun.Kejayaan adalah " Barangsiapa yang dijauhkan dari Neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga, maka mereka itulah orang-orang yang menang. " Jika ada orang yang mempunyai jodoh orang baik, namun ia sendiri tidak menjadi orang baik, maka contohnya adalah isteri Nuh dan isteri Lut yang keduanya malah menjadi wanita terburuk sepanjang zaman! Sebaliknya jodoh yang paling buruk dan paling zalim bagi seorang Asiah malah ia menjadi salah satu wanita terbaik sepanjang zaman. Satu lagi contoh wanita terbaik adalah Maryam binti Imran yang menjadi wanita terbaik kerana menjaga kesucian dirinya dan kemudian diberi kurnia anak yang sholeh iaitu Nabi Isa AS.

*artikle ni aku dapat dari halaman forum sekampung....paradigma jodoh dalam islam...mau share...tp x tau la sgt cerita n hukum2...jd aku paste(share) la ape yg aku terbaca dr web ni....okey...sama2 la kita ambil iktibar + pengajaran + pengetahuan....*

Wednesday, January 14, 2009

hari ini....


agak berlainan sikit rasanya...dr pagi...semuanya berjalan seperti biasa...kelas 8-10....then 2-4...so ada gap dr kul10-2...kami amik kesempatan tuk ke UK...bukan united kingdom la...ujana kewangan...haha kami amik borang muet...al maklumla...kene repeat huhu

dlm perjalann...kami naik bas yg sepatutnya lalu jalan short cut tp d sbbkan bas 2 belum penuh lg...n belum pun kami d beri tiket percuma..so pakcik 2 pun lalu la jalan biasa...amik2 penumpang lain...n penumpang akhir yg naik bas 2 adalah.....seorang lelaki tua...mungkin boleh di gelar datuk la...bawak seekor ayam kampung....dengan menaiki bas bertambang....singgit lebih la kot lebih kurang la...terketar2 die panjat tangga bas tu...ish...klu la tbe2 die terjatuh...ya Allah....mintak di jauhkan...g bandar dgn bawa sekor ayam kampung...mungkin nak jual ayam 2...sepanjang perjalanan tu..jenuh aku memikirkan...yang mungkin die xde duit...jd terpaksa jual ayam 2...ish...ntahla...sedihla...huk huk...rasa sedih....campur2 nak nangis...ntahla...aku ingat arwah bapak aku...hmmmm....rindu....klu bapak aku masih hidup...mungkin....
da tua macam pakcik td kot...sumthing that i should mention here...aku ni anak bongsu...sbb 2la aku kata mungkin bapak aku da tua mcm pakcik td...dlm 71@72...lebih kurang la...actually...semenjak bapak aku meninggal 10 thn lepas...aku akan rasa sedih bila tengok org2 tua ni...ntahla...kadang2 aku rasa kesian sbb die masih hidup dengan keadaan uzur cam2...n kadang2 rasa sayang tuk kehilangan org2 mcm dorang...
absolutely rasa sayang 2 my late father...tp aku gak terbayang yg aku xkan dapat tahan tgk klu tengok bapak aku still hidup tp dlm keadaan uzur...menderita sakit...ehmmmm

* jadi...beringatlah kita semua...ape yang kita ada skang...mak ayah...family...hargaila...jangan sampai bila da xde baru nak sedar...okey*

ahah...malam nye pulak...baru kejap td...aku online...bka ym..abang aku ngah on juga... mungkin die ngah boring la kot...duk umah berdua ngan mak aku je...klu aku pun mungkin aku boring la...actually aku x berapa rapat sangat pun ngan die klu kat rumah...ntahla...dulu kecik2 mmg kami rapat...die masuk parit aku ikut...main meriam besi pun aku ikut...maklumla...aku ngan die je kecik waktu 2...yg atas2 sume da besar...kerje2 n kawen...tp bla masuk tingkatan satu...aku msk asrama...n mulai itu la aku da x berapa rapat lg ngan die...sampai la skang...tp td...kami ym...rasa macam rapat semula...n aku rasa gembira teramat sangat...ntahla...sampai rasa nak menitiskan air mata nih...uhuuuu...i m just hope the best for him...he's the only my brother yg blm nmpak arah kehidupannya...as his sister...even just adik...rasa risau la jg...but...what can i do???ehmmm ntah la...aku doakan die supaya berjaya dengan ape yg die usahakan...xpela...walaupun bkn bekerje dgn pkai kemeja berkolar...yg penting halal n die berusaha...semoga ada gak seorang pompuan yang boleh terima die seadanya...bkn tgk paras rupa+wang ringgit sahaja...bukan ke hidup berpasangan tu...tugasnya bekerjasama...berusaha bersama...

kata2 akhir dr aku...
*hidup xselalunye mudah...asalkan ada tekad usaha itu da cukup baik untuk mendapatkan hidup yg terbaik...walaupun memakan masa yang lama...it's just fine...because x semua org memiliki tahap kemampuan yg sama*